• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsultan Wanita Perdaya Pakej Umrah Tak Wujud

oleh AK-47
16/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang konsultan wanita di sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan kenalannya menyertai pakej umrah yang tidak wujud, dua tahun lepas.

Wan Norazizulbaitie Wan Zulkafli, 40, didakwa telah menipu Badariah Hashim, 57, dengan memperdayakan mangsa dengan tawaran pakej Umrah Fa’aliyah yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM19,250 kepada tertuduh untuk menyertai pakej umrah tersebut.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di rumah mangsa di Taman Seri Keramat Tengah, di sini pada 8.30 malam, 9 Nov 2015.

Tertuduh yang dikatakan berkenalan dengan mangsa di Madinah, tahun lepas didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan dia yang telah berkahwin dan merupakan anak sulung dari enam beradik itu perlu menyara ibu bapanya.

Majistret Haslinda A.Raof membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Disember untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Pakej Umrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

02/03/2023
0

Kuala Pilah : Wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menipu pakej umrah dan haji. Ikuti...

Solat Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Bermula Hari Ini

18/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh mula dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd