• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Pulau Pinang Semakin Pulih

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan terus berkurangan berikutan cuaca yang semakin baik dan cerah sejak semalam di negeri ini.

Sehingga 8 pagi ini, seramai 1,040 daripada 243 keluarga masih berada di pusat pemindahan berbanding 1,313 daripada 304 keluarga malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata sebanyak lima pusat pemindahan masih dibuka di Seberang Perai Utara (SPU) manakala satu di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

“Seramai 820 mangsa banjir daripada 178 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di SPU manakala 220 orang membabitkan 65 keluarga di pusat pemindahan Dewan Banjir Guar Jering di SPT, ” katanya di sini hari ini.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Tags: banjir Pulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

08/04/2026
0

PULAU PINANG – Hasrat sebuah persatuan tokong untuk menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tidak kesampaian selepas tidak mendapat kebenaran pihak...

Sibuk Kecam Kelantan, Pulau Pinang Pula Banjir

29/10/2018
0

SEJURUS selepas menghalakan kritikan kelemahan pentadbiran kepada negeri Kelantan, negeri yang Lim Guan Eng menjadi ketua menterinya sehingga Mac lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd