• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 27,260 Anggota Bomba Sedia Digerakkan

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 27,260 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Bomba Bantuan dan Pasukan Bomba Sukarela di seluruh negara bersedia untuk digerakkan dalam operasi menyelamat ketika banjir.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata semua JBPM di peringkat negeri juga telah diminta untuk mengaktifkan bilik gerakan banjir masing-masing mulai 1 Nov, dan mereka perlu mengemas kini maklumat banjir dua kali setiap hari di kawasan yang dilanda banjir.

“JBPM telah bersedia 100 peratus dengan kekuatan keanggotaan, kenderaan atau jentera dan aset logistik merangkumi penyediaan kenderaan marin, kenderaan darat dan pesawat udara yang boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) atau Unit SCUBA juga telah bersedia dengan kekuatan anggota seramai 554 orang di seluruh negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang ingin tahu tahap kesiapsiagaan JBPM dalam menghadapi cabaran risiko banjir pada musim tengkujuh yang sedang melanda beberapa negeri dan tindakan serta usaha menyelamat yang telah dilaksanakan.

Noh berkata JBPM negeri juga diminta memastikan semua peralatan dan kenderaan menyelamat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan, selain mengenal pasti lebih awal kawasan berisiko banjir, tanah runtuh dan lokasi pusat penempatan mangsa banjir.

Selain itu, JBPM Negeri juga perlu membuat tinjauan dan merangka strategi bagi membolehkan kerja-kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Mengenai peranan masyarakat dalam menghadapi banjir, Noh berkata persediaan perlu dilakukan di tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir dan masyarakat perlu mendengar arahan yang diberikan oleh anggota pasukan penyelamat.

Beliau berkata pihak berkuasa di negeri-negeri juga perlu tegas dalam mengambil tindakan bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri masing-masing tidak menyebabkan berlakunya bencana seperti tanah runtuh dan banjir.

Noh berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai projek pembangunan yang boleh menjadi faktor penyebab banjir dan bencana alam lain. – BERNAMA

Tags: BanjirJBPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd