Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Ummi Kesal Azmin Cuti...

SHAH ALAM - Semua anak tentu pernah dengar bidalan syurga di bawah telapak...

Menara Condong Teluk Intan...

TELUK INTAN - Menara Condong Teluk Intan yang menjadi mercu tanda bandar ini...

PDRM Cadang Kenderaan Guna...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya semua kenderaan di negara...

Akta MKN Tidak Beri...

KUALA LUMPUR - Dakwaan pembangkang kononnya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 memberi...

BAM Laksana ‘Jendela Penyingkiran’ Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memastikan prestasi mereka sentiasa meningkat bagi mengelakkan tersingkir selepas pelaksanaan ‘jendela penyingkiran’ tahun depan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata ‘jendela penyingkiran’ itu akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu bermula Februari 2018 untuk permulaan dan jendela kedua pada Ogos.

Katanya, keputusan untuk mewujudkan sistem penyingkiran itu telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) hari ini.

Justeru, bagi pelaksanaan ‘jendela penyingkiran’ itu, semua ketua jurulatih di lima bahagian perlu mewujudkan ranking para pemain bagi menilai prestasi mereka dari semasa ke semasa.

“Bermula 2018, kita akan ada dua jendela iaitu untuk mengeluarkan pemain yang tidak berprestasi baik dan menggantikan dengan pemain yang baharu.

“Sebab itu kita mahu ketua jurulatih melakukan ranking dalaman…dengan ranking dalaman ketua-ketua jurulatih dapat mengenal pasti prestasi pemain-pemain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara hari ini.

Selain itu, Mohamad Norza berkata BAM juga bersetuju untuk mengadakan garis panduan penyertaan kejohanan berdasarkan prestasi semasa para pemain.


Beliau berkata bagi pemain yang berada di ranking 1 hingga 72 akan dibenarkan menyertai minimum 12 kejohanan manakala yang berada di ranking 73 ke bawah sebanyak 10 kejohanan.

“Pemain berprestasi tinggi akan diberikan peluang untuk menyertai lebih banyak kejohanan manakala pemain yang tidak menyerlah akan dipulihkan bagi mengenal pasti tahap prestasi mereka di setiap kejohanan.

Kita juga akan bersama ketua-ketua jurulatih akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) pemain berdasarkan ranking mereka semasa menyertai kejohanan. Contohnya, untuk yang berada dalam empat teratas perlu layak ke separuh akhir dan yang lapan teratas perlu layak ke suku akhir,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata Setiausaha Kehormat BAM Datuk Ng Chin Chai dipertanggungjawabkan untuk menjadi perantara di antara ketua jurulatih dan jawatankuasa C&T berikutan ketiadaan Pengarah Teknikal Morten Frost yang melepaskan jawatannya September lepas.

Katanya, Chin Chai diberi mandat untuk sentiasa mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua jurulatih mengenai perancangan dan keperluan mereka bagi memantapkan perancangan masing-masing. – BERNAMA

Kategori