• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Tahfiz: 2 Tertuduh Kes Dadah Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz itu, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kanak-kanak atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu selepas laporan patologi yang dikeluarkan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.

Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak itu dan Joanne Chua Tsu Fae yang bertindak bagi pihak remaja tersebut berkata pihak pendakwaan juga telah menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.

Noor Svetlana dan Joanne ditemui pemberita selepas prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini hari ini.

“Laporan patologi terhadap anak guam saya negatif dan pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya dan dia dilepas dan dibebaskan,” kata Noor Svetlana yang turut menyampaikan rasa syukur anggota keluarga kanak-kanak terbabit dengan keputusan itu.

Bagaimanapun remaja berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu.

Kanak-kanak dan remaja terbabit didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini pukul 11.35 pagi, 16 Sept lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(1) Akita Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Chua juga memaklumkan seorang lagi anak guamnya juga berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dan mahkamah menetapkan 5 Jan tahun depan untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah serta Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail. – BERNAMA

Tags: tahfiz terbakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dugaan Berat Untuk Ibu Hilang Tiga Anak Serentak

14/09/2017
0

TIADA ibu yang sanggup melihat anak-anaknya pergi dahulu menghadap Ilahi sebelum dirinya. Namun, itulah suratan yang harus diterima olehnya meskipun...

MAIWP Bantu Urus, Sedia Dana Pengurusan Jenazah

14/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan bantu menguruskan jenazah serta menyediakan dana untuk pengurusan pengebumian semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd