Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Kini Suami Boleh Carum...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2019...

Enam Telco Setuju Laksana...

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat...

Kerja, Bermesyuarat Punca Tertinggal...

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta...

3,410 Rumah Mesra Rakyat...

SABAK BERNAM – Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat...

MAIWP Bantu Urus, Sedia Dana Pengurusan Jenazah

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan bantu menguruskan jenazah serta menyediakan dana untuk pengurusan pengebumian semua mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, di sini pagi Khamis.

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau sudah menghubungi MAIWP bagi tujuan itu.

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro itu lagi, beliau turut meluahkan perasaan simpatinya terhadap ahli keluarga mangsa.

Tambahnya, kerajaan akan melihat secara terperinci semua aspek khususnya berkaitan keselamatan dalam tragedi mengorbankan lebih 20 pelajar tahfiz dan warden berkenaan.

“Apa yang berlaku adalah di luar pengurusan manusia, namun kerajaan akan melihat secara keseluruhan berhubung tragedi itu untuk diperbetulkan, terutama berkaitan aspek keselamatan.

“Saya berasa dukacita dengan kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga pelajar serta warden yang terbabit,” katanya.


Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kejadian itu khususnya berkaitan aspek keselamatan kerana perlu mendapatkan gambaran lebih jelas dan akan melawat ke lokasi kejadian, hari ini.

Jamil Khir berada di Kota Kinabalu, Sabah bagi merasmikan Dialog Antara Penganut Agama di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dijadualkan untuk pulang pada petang hari ini.

“Harapan kita, ujian ini melihat balik apa yang perlu diperbetulkan.

“Maksud saya dalam aspek keselamatan di samping melihat ujian ini sebagai ketentuannya,” katanya, yang akan bergegas ke tempat kejadian bagi meninjau kawasan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori