• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dugaan Berat Untuk Ibu Hilang Tiga Anak Serentak

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA ibu yang sanggup melihat anak-anaknya pergi dahulu menghadap Ilahi sebelum dirinya. Namun, itulah suratan yang harus diterima olehnya meskipun perit ditelan.

Ketika azan Subuh berkumandang, Mashawani Mohamed Shahid, 29, menerima khabar kehilangan tiga anak lelakinya yang menjadi mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di ibu negara, Khamis.

Tiga anak lelakinya ialah Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Harris Ikhwan.

Ketiga-tiga beradik ini dikatakan berumur 10,11 dan 12 tahun, namun kesahihannya masih belum dapat disahkan.

Kebakaran tersebut meragut 24 nyawa termasuk dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut merupakan anak saudara kepada pelakon popular 90an, Mas Anizan.

Perkara ini diketahui daripada perkongsian anaknya, Mas Aliza di laman Instagram miliknya.

Assalammualaikum, maaf saya tak dapat nak balas satu per satu DM kerana terlalu ramai yang bertanya. Ya, ketiga-tiga beradik [dalam gambar] yang terkorban dalam kebakaran Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Keramat, pagi tadi adalah sepupu saya. Saya mewakili keluarga yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala ucapan takziah dan doa. Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Once again, thank you very much for your kind words and dua-s. We really appreciate it. . P/S : Mohon jasa baik anda semua untuk tidak viralkan/menyebarkan gambar-gambar dan video yang boleh menyentuh sensitiviti pihak keluarga. Kami harap anda faham perasaan kami selaku keluarga mangsa. TQ

A post shared by Mas Aliza Ali Bapoo (@masalizaa) on Sep 14, 2017 at 3:32am PDT

“Assalammualaikum, maaf saya tak dapat nak balas satu per satu DM kerana terlalu ramai yang bertanya. Ya, ketiga-tiga beradik (dalam gambar) yang terkorban dalam kebakaran Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Keramat, pagi tadi adalah sepupu saya.

Saya mewakili keluarga yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala ucapan takziah dan doa. Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Once again, thank you very much for your kind words and dua-s. We really appreciate it.

P/S: Mohon jasa baik anda semua untuk tidak viralkan/menyebarkan gambar-gambar dan video yang boleh menyentuh sensitiviti pihak keluarga. Kami harap anda faham perasaan kami selaku keluarga mangsa. TQ,” tulisnya menerusi kapsyen gambar tersebut. –  MYNEWSHUB.CC

Tags: tahfiz terbakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bakar Tahfiz: 2 Tertuduh Kes Dadah Dibebaskan

28/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul...

MAIWP Bantu Urus, Sedia Dana Pengurusan Jenazah

14/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan bantu menguruskan jenazah serta menyediakan dana untuk pengurusan pengebumian semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd