• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bah Meruncing, 2,364 Mangsa Banjir Dipindahkan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Situasi gelombang pertama banjir di Kelantan tambah meruncing apabila seramai 2,459 mangsa dipindahkan pada 1 tengah hari ini berbanding 1,729 mangsa pada 8 pagi tadi.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 807 mangsa daripada 193 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Pasir Mas, 637 mangsa daripada 205 keluarga dipindahkan ke 15 PPS.

Di Pasir Puteh pula, 297 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di empat PPS manakala 276 mangsa daripada 66 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Tanah Merah.

Selain itu, 227 mangsa daripada 66 keluarga juga ditempatkan di empat PPS di Machang, 127 keluarga daripada 29 keluarga di enam PPS di Kuala Krai dan 88 mangsa daripada 23 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Bachok.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya mencatatkan 10.30 meter pada 1 tengah hari ini berbanding 10.06 meter pada 7 pagi tadi (paras bahaya 9 meter). – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd