• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Askar Maya Kena Pantas Tangkis Fitnah Pembangkang

oleh
04/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAS… Tentera siber UMNO perlu gerak lebih pantas menangkis persepsi negatif yang jurus kepada pembunuhan karakter pemimpin yang kini giat dijalankan oleh pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang persepsi negatif timbul harus diurus segera kerana jika ia tidak diatasi dengan baik tidak mustahil seorang pemimpin atau kerajaan boleh jatuh.

“Cuba kita lihat berapa ramai pemimpin, kerajaan dan parti politik yang tenggelam kerana persepsi yang tidak diuruskan dengan baik. Persepsi kena diatasi segera dan bukan hanya dijawab tiga atau empat bulan kemudian.

“Lihat sahaja apa yang telah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga lakukan terhadap PAS apabila tuduh PAS konon terima wang RM90 juta dari Perdana Menteri dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan peringatan sedemikian kepada perwakilan ketika berucap dalam Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada Sabtu.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu berkata, tohamahan pakatan pembangkang dilihat semakin menjadi-jadi bukan hanya mempersoalkan dasar dan pentadbiran parti pemerintah.

Tambah beliau lagi, budaya jelik dan buruk itu berkembang pantas dalam masyarakat apabila berita palsu disebarkan mereka seolah-olah dapat diterima dengan mudah pula tanpa disemak kesahihannya terlebih dahulu.

Sehubungan itu Ahmad Zahid turut mengingatkan tentera siber UMNO agar memastikan setiap rakyat merasai keberadaan tentera ini sebagai wira Barisan Nasional (BN) apabila segera menepis fitnah ditabur pembangkang.

”Malaysia terjebak sebagai antara negara tertinggi di dunia mempunyai peratusan penduduk yang aktif dalam media sosial, membabitkan 62 peratus daripada populasi. Ia memberi kesan terhadap pola pemikiran rakyat.

“Ini juga memerlukan usaha lebih proaktif untuk menangani persepsi secara intelektual, pendekatan psikologi dan cita rasa yang disesuaikan dengan kumpulan sasar,” kata Ahmad Zahid lagi dipetik portal tempatan AgendaDaily.

Dalam dunia yang semakin berubah ujar beliau lagi, sistem komunikasi konvensional turut beralih daripada kaedah komunikasi bersemuka dan secara lisan kepada komunikasi tanpa lisan yang lebih pantas.

“Persepsi yang wujud harus diurus dengan baik dan mustahil dengan sistem komunikasi konvensional iaitu lisan atau bersemuka dapat menanganinya dengan baik.

“Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO adalah wira yang sentiasa berada di garisan hadapan untuk urus persepsi kerana pendapat umum atau ‘mahkamah pendapat umum’ lebih berkuasa daripada mahkamah biasa,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kegagalan menangani persepsi menyebabkan UMNO dan BN tenggelam pada dua kali Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang akhirnya terpahat sebagai sejarah negara.

“Kita mahu pada PRU-14 kali ini apabila Perdana Menteri memberikan bajet terbaik, semua aspek diambil kira dari segi keterangkuman, seluruh jentera diintegrasi sebaik-baiknya, kita akan memberikan hadiah kemenangan dengan majoriti dua pertiga, Insya-Allah.

“Allah menguji kita dua kali, ujian ini adalah ujian terakhir untuk kita. Jika kita gagal kali ini, lupakan segala-galanya,” kata Ahmad Zahid memberi amaran.

Konvensyen Media Sosial UMNO bertujuan memberi penerangan mengenai kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU-14.

Beliau turut melahirkan kekagumannya dengan sambutan luar biasa yang diterima oleh penggiat media sosial terdiri daripada Biro IT UMNO.

Sehubungan itu beliau melahirkan keyakinan dengan kerjasama padu yang diberikan oleh tentera siber UMNO ini mampu beri kemenangan 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Jika kita gagal kali ini lupakan segala-galanya. Namun saya yakin intergrasi kita lakukan dengan sebaiknya untuk menjawab semua isu dengan bersepadu dan kita akan capai kejayaan yang sebenarnya,” ujarnya lagi.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat (IT), Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya memaklumkan telah berjaya menubuhkan beberapa kumpulan Whatsapp.

Ia diwujukan dalam usaha terbaharu biro tersebut merancakkan lagi gerak kerja media sosial menjelang PRU14. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Sebar Berita Palsu, Konon ‘Adik’ Hilang.

Next Post

Impian Aaisyah Berlakon Dengan Zul Bakal Terlaksana

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Impian Aaisyah Berlakon Dengan Zul Bakal Terlaksana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd