• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amalan Bayaran Gaji Penjawat Awam Kekal

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tetap meneruskan amalan pembayaran gaji sebulan sekali kepada penjawat awam, seperti yang dilaksanakan sekarang, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Merujuk laporan sebuah portal berita yang mendakwa pembayaran gaji dua kali sebulan secara rintis akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, beliau menafikan perkara itu dan berkata ia tidak berlaku di Malaysia sebaliknya di sebuah negara jiran.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penjawat awam negara ini supaya tidak gusar dengan khabar angin itu.

“Jadi, untuk indahkan bahasa dan suasanam, kita jangan dengar sebarang khabar angin,” katanya kepada pemberita selepas menutup sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Awam di sini, hari ini.

Menurut laporan portal tersebut, langkah itu diambil bagi membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan bahan api yang semakin meningkat.

Sementara itu, Zainal Rahim berkata pihaknya bercadang menyemak semula Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 mengenai Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam dengan menambah elemen pengauditan dan penguatkuasaan terhadap isi kandungan pekeliling tersebut.

Beliau berkata pekeliling itu, yang belum pernah ditambah baik, hanya memperihal mengenai kaedah dan mekanisme penggunaan bahasa kebangsaan tanpa memasukkan perkara berkaitan pengauditan dan penguatkuasaan.

“Kita dapati penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, terutamanya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih perlu diberi perhatian. Atas faktor itu semakan dan pindaan terhadap pekeliling tersebut boleh dijadikan panduan oleh semua agensi dan jabatan kerajaan dalam memperkukuh penggunaan bahasa kebangsaan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mua’amar Ghadafi Jamal dipilih sebagai penerima anugerah Ikon Pejuang Bahasa 2017. – BERNAMA

Tags: GajiPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd