Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Video Seks: Azmin Suruh...

KUALA LUMPUR – Pergolakan dalaman PKR semakin parah meskipun rata-rata pimpinan mengatakan hubungan...

Operasi Basmi Rabies Di...

KUCHING - Operasi membasmi wabak rabies di Sarawak akan diperhebat dengan operasi penangkapan...

PAS Tegas Tiada Kerjasama...

PAS menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH)...

Hamas Ancam Lancar Serangan...

GAZA - Hamas mengancam melancarkan lebih banyak serangan roket terhadap Israel, jika rejim...

Aliff Aziz Minta Afifah Supaya Bercakap Benar

SEKITAR Julai lalu, industri hiburan dikecohkan dengan kontroversi kecurangan pelakon Aliff Aziz dan pendatang baharu, Afifah Nasir bersama pasangan masing-masing.

Malah, kontroversi besar itu telah melibatkan banyak pihak dan Aliff juga mengakui kesalahannya serta membuat permohonan maaf terbuka di hadapan isterinya, Bella Astillah dalam satu sidang media.

Namun, beberapa hari lalu, Afifah yang juga adik kepada pelakon Anzalna Nasir telah mengeluarkan kenyataan kepada media yang menyatakan hubungannya dan Bella kini kembali pulih.

Namun, Aliff menyangkal kenyataan tersebut dan memberikan penjelasan di laman Instagramnya.

Menerusi entri itu, Aliff menyatakan bahawa pelakon wanita itu telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan memintanya menunjukkan perbualan antaranya dengan Bella menerusi aplikasi WhatsApp.

“Beberapa hari lalu Afifah menyatakan kepada media yang dia sudah berbaik dengan Bella dan sedia memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku.

“Jika betul Bella kata dia sudah okay semasa awak menghubunginya di WhatsApp, kenapa kamu tidak menunjukkan perbualan WhatsApp itu kepada media?

“Jadi saya tahu bahawa agak mustahil untuk anda bercakap benar kerana sudah berkali-kali anda menipu,” tulisnya di laman Instagram.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu turut meminta supaya Afifah hanya mendiamkan diri jika setiap kenyataan yang dikeluarkannya adalah tidak benar.


“Saya bersuara supaya Afifah tahu adalah lebih baik untuk dia mendiamkan diri jika tidak mampu berkata benar,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Aliff menjelaskan dia menyuarakan isu ini kerana tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan-kenyataan tersebut, bukannya mahu membuka kembali cerita lama.

Dalam pada itu, penyanyi 26 tahun ini turut menyangkal kenyataan Afifah yang dia tidak ada masalah untuk bergandingan dengan Aliff di masa akan datang.

Aliff menyatakan yang dia tidak akan bergandingan dengan Afifah dan tidak akan menerima tawaran berlakon jika melibatkan aktres itu.

“Dengar sini baik-baik. Saya tidak berniat langsung untuk menerima tawran dengan anda, bukan kerana saya tidak bersalah, tetapi kerana bahaya mendekati seseorang yang menipu untuk melepaskan dirinya dari masalah,” tambahnya lagi.

Nampaknya isu ini masih berlarutan sehingga kini. Diharapkan kedua-dua belah pihak boleh menyelesaikan isu ini dengan baik dan kembali fokus dengan kerjaya masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

Kategori