• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Gesa Mavcom Kaji Semula Beza KLIA, KLIA2

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd mengesyorkan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) agar mengkaji semula perbezaan dalam kemudahan dan perkhidmatan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan KLIA sebelum menyamakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di kedua-dua lapangan terbang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar dalam satu kenyataan berkata KLIA dan klia2 adalah dua terminal lapangan terbang yang sangat berbeza yang menyediakan tahap perkhidmatan dan kemudahan berbeza kepada penggunanya.

“Adalah tidak tepat untuk mengatakan perkhidmatan yang disediakan antara dua terminal lapangan terbang itu setanding kerana kemudahan di KLIA jauh lebih baik berbanding klia2.

“Kami mahukan ketelusan Mavcom berhubung dakwaan ini dan menggesa Mavcom mengkaji maklum balas daripada pengunjung dan pelanggan klia2, serta, meneliti pelbagai perkara mengenai perbezaan ketara kemudahan yang ditawarkan antara KLIA dan klia2,” katanya sebagai mengulas artikel Bernama yang bertajuk, ‘Equal Charges Will Ensure KLIA Passengers Don’t Subsidise KLIA2’ .

Aireen juga menjelaskan PSC akan dibayar terus oleh pelanggan yang melakukan perjalanan dan ini tidak akan memberi kesan kepada prestasi kewangan AirAsia.

Langkah Mavcom menyamakan PSC bagi kedua-dua lapangan terbang itu dijangka dilaksanakan bermula Januari 2018, di mana bagi penerbangan antarabangsa, kadar PSC akan diseragamkan pada RM73. – BERNAMA

Tags: AirAsiaKLIAMavcom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd