• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Menghadap Putera Charles & Camilla

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima menghadap Putera Charles, dan isteri baginda, Camilla di Istana Negara.

Semasa pertemuan 45 minit di Bilik Seri Maharaja Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong juga menjadi hos majlis santapan petang untuk Prince of Wales dan Duchess of Cornwall.

Lawatan pertama kedua-dua pasangan diraja itu ke Malaysia adalah bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik di antara Malaysia dan United Kingdom.

Putera Charles dan Camilla yang tiba di ibu negara Malaysia semalam, dijadual melawat pelbagai tempat di Kuala Lumpur, Perak, Sarawak dan Pulau Pinang, selain menyertai pelbagai acara penting sepanjang lawatan tujuh hari dari 2 hingga 8 Nov.

Kerabat diraja British yang pernah melawat Malaysia sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh bagi menghadiri upacara perasmian Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan Putera William, Duke of Cambridge dan isteri Kate Middleton, Duchess of Cambridge, pada September 2012.

Hubungan dua hala di antara Malaysia dan United Kingdom meliputi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan. — BERNAMA

Tags: AgongPutera Charles & Camilla
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

16/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas khidmat...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd