• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Perlis Tahan Lapan Lelaki Positif Dadah

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Lapan lelaki ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, setelah didapati positif dadah, dalam serbuan berasingan di Beseri, Kampung Hutan Lembah, Felda Chuping, Mata Ayer dan Padang Besar dekat sini, semalam.

Menurut kenyataan AADK di sini hari ini, operasi bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam itu, turut disertai anggota daripada Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Semua lelaki yang ditahan berumur 17 hingga 50 tahun dan kami turut merampas 280 bungkusan kecil cecair ketum dan empat botol besar cecair ketum yang dibungkus dan disimpan dalam tong ais,” katanya.

AADK berkata, siasatan awal mendapati tujuh individu positif dadah jenis methamphetamine, manakala seorang positif dadah jenis ganja.

“Enam daripada mereka ini akan ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan (APD R&P) 1983 dan dua lagi ditahan di bawah Seksyen 6(2) akta yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADK Perlisdadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd