• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsul Besar China Utamakan Hubungan Dagang, Ekonomi

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Konsul Besar China di Sabah yang baru dilantik, Liang Caide​​​​​​​ berkata usaha mengeratkan lagi hubungan dagang dan ekonomi, termasuk Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), akan menjadi keutamaan beliau sepanjang tempohnya di sini.

Beliau berkata, inisiatif itu telah digalakkan secara aktif dan Malaysia merupakan antara negara pertama yang memberi maklum balas terhadapnya.

“Kami menganggap Sabah sebagai kawasan yang sangat penting bagi usaha ini dan berharap lebih banyak syarikat (China) yang berminat melabur di sini.

“Ini memandangkan Sabah memiliki kelebihan yang unik – lokasi strategik – serta sumber manusia dan budaya. Ia mempunyai banyak potensi dengan pembukaan perdagangan dan ekonomi,” katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada jawatan kuasa Persatuan Wartawan Sabah, diketuai Mugunthan Vanar di sini, hari ini.

Liang menggantikan Konsul Besar China di Sabah pertama, Chen Peijie, yang kembali ke Beijing baru-baru ini selepas memegang jawatan itu sejak Januari 2015.

Syarikat China banyak terlibat dalam projek pembinaan dan kereta api di Sabah, termasuk ‘The Shore’, pembangunan komersial di pusat bandar, katanya.

Beliau berkata, terdapat lebih banyak peluang bagi kerjasama dalam sektor pembinaan dan pembuatan, khususnya bagi projek utama seperti Terminal Minyak dan Gas Sipitang, serta sektor pelancongan.

Liang berkata, konsulat itu boleh menyediakan pengetahuan mengenai perkembangan ekonomi terkini di China kepada media tempatan menerusi forum, latihan dan taklimat. – BERNAMA

Tags: China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd