• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

44 Pasangan Orang Asli Hendrop Dinikahkan

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Sebanyak 44 pasangan Orang Asli dari empat kampung di Kelantan dinikahkan menerusi Program Nikah Perdana 2017 di Pos Hendrop di sini, hari ini.

Kesemua pasangan itu berasal dari Kampung Hendrop, Pos Tuel, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini dan Pos Sungai Rual, Jeli.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu dirasmikan Setiausahanya Rusydee Abdullah.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata sebahagian pasangan Orang Asli itu dinikahkan semula selepas memeluk Islam walaupun sebelum ini telah berkahwin mengikut adat masing-masing.

“Apabila mereka dinikahkan semula mengikut undang-undang Islam, pasangan berkenaan akan diberikan sijil nikah bagi memudahkan urusan mereka di bawah undang-undang negara,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta Anjang Itam, 64, berkata dia teruja apabila dinikahkan semula dengan isterinya, Aweh Ayah, 44, mengikut agama Islam walaupun telah berkahwin dengan pasangannya itu sejak 20 tahun lepas mengikut adat Orang Asli.

Anjang yang mempunyai enam anak dan tiga cucu berkata dia bersedia menerima perubahan dalam hidup sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

“Saya rasa seperti baharu berumah tangga selepas dinikahkan semula (mengikut cara Islam) dan syukur saya bersama isteri diberi hidayah memeluk agama ini,” katanya.

Seorang lagi peserta, Abu Abus, 40, berkata dia memeluk Islam empat tahun lalu tetapi telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Normah Itam, 35, lebih 22 tahun yang lalu.

Dia turut menerima dengan hati terbuka apabila MAIK memilihnya dan isteri untuk dinikahkan semula serta berasa lega kerana dapat menyempurnakan tuntutan agama. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Kerajaan Madani Memahami Denyut Nadi Rakyat – PMX Anwar

Kerajaan Madani Memahami Denyut Nadi Rakyat – PMX Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Kerajaan Madani memahami denyut nadi rakyat. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd