• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lans Koperal Didakwa Minta, Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam, tahun lepas.

Tertuduh Lans Koperal Azizan Mohamad, 30; Lans Koperal Muhammad Aiman Najmi Sahran, 26; dan Lans Koperal Abdul Manan Abdul Satar, 33, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka yang bertugas di Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam didakwa secara bersama-sama meminta suapan wang tunai RM5,000 daripada seorang lelaki berusia 33 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki itu dan seorang lagi lelaki berusia 35 tahun yang ditahan atas kesalahan memiliki dadah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah bank di Jalan Masai Jaya 1, Plentong, Johor Bahru, pada 1 pagi, 9 Okt 2016.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa menerima suapan wang tunai RM2,250 daripada orang sama sebagai dorongan yang sama di Jalan Teratai 18, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, pada 4.50 pagi, tarikh yang sama.

Berikutan itu, pendakwaan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM, Norsyarina Raizan menawarkan jaminan RM30,000 untuk setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan, namun dibantah oleh peguam yang mewakili tertuduh.

Peguam Rosli Kamaruddin yang mewakili Azizan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 11 tahun dan masih bertugas sebagai penjawat awam.

Rosli berkata Azizan mempunyai seorang isteri dan dua anak yang masih kecil selain perlu menanggung kedua ibu bapanya di Tumpat, Kelantan.

Bagi dua lagi tertuduh, peguam mereka Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly berkata mereka masing-masing hanya berpendapatan RM2,800 sebulan dan mempunyai seorang isteri dan seorang anak.

Namun, selepas ditangkap SPRM, Muhammad Aiman Najmi telah digantung tugas dan sejak itu hanya bekerja sambilan manakala isterinya baru bersalin anak pertama.

Penggantungan kerja itu juga melibatkan Abdul Manan.

Mahkamah kemudian menetapkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan, perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap minggu pertama sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Jan 2018. – BERNAMA

Tags: anggota polisKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd