• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Kes Baharu Penyakit Legionnaire Dikaitkan Disneyland

oleh AK-47
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Tiga lagi individu telah didiagnosis menghidap penyakit Legionnaire selepas mereka berkunjung ke Anaheim, Daerah Orange, California, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti setakat ini ialah 15 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai kesihatan.

Dua daripada tiga kes baharu itu membabitkan individu yang berkunjung ke Disneyland di Anaheim manakala 11 daripada 15 kes tersebut melibatkan pengunjung taman tema berkenaan pada bulan September, termasuk seorang yang bekerja di situ, kata pegawai kesihatan Daerah Orange.

Disneyland telah menutup dua menara penyejuk selepas mendapati ia mempunyai tahap bakteria Legionella yang tinggi susulan penularan penyakit Legionnaire di rantau ini.

Pegawai Disneyland berkata mereka telah berganding bahu dengan agensi penjagaan kesihatan daerah dan merawat menara terbabit dengan bahan kimia yang boleh menghapuskan bakteria itu.

Agensi terbabit dilaporkan telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Awam California serta Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi membantu pegawai perubatan dan jabatan kesihatan awam mengenal pasti jangkitan dalam kalangan orang ramai yang mungkin jatuh sakit selepas berkunjung ke Anaheim, terutama Disneyland, sebelum 7 Nov.

Mereka yang didiagnosis menghidap penyakit Legionnaire adalah dalam lingkungan usia 52 hingga 94 tahun.

Penyakit Legionnaire adalah sejenis wabak bawaan udara yang mengakibatkan radang paru-paru akut kepada mereka yang berusia lebih 50 tahun, atau yang mempunyai sistem imun lemah.

Menurut CDC, Legionella adalah sejenis bakteria yang terdapat secara semula jadi dalam persekitaran air tawar.

Keadaan akan berubah menjadi teruk dan menjejaskan kesihatan manusia apabila bakteria Legionella membiak serta merebak di dalam sistem pengairan buatan manusia seperti pancuran dan kepala paip, menara penyejuk serta air pancut hiasan.

Orang ramai boleh dijangkiti penyakit Legionnaire apabila mereka bernafas dalam titisan kecil air yang terdapat dalam udara, yang mengandungi bakteria tersebut. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Jual Baju Rukun Negara

Ronnie Liu Jual Baju Rukun Negara

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mempromosikan penjualan baju-T khas bertemakan Rukun Negara. Menerusi...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd