• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Terbakar

oleh AK-47
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tujuh belas orang daripada tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka diami di Kampung Kuala Besar di sini, musnah dalam kebakaran.

Seorang mangsa, Nurul Faizeniy Afife Razali, 28, berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika beliau dan suaminya, Mohd Hafiz Daud, 29, dan dua anaknya berusia enam dan lapan tahun sedang bersiap-siap untuk keluar makan.

“Ketika sedang bersiap-siap itu, saya terhidu bau asap sebelum terdengar bunyi letupan. Saya bergegas keluar daripada bilik dan terkejut melihat rumah jiran sedang terbakar.

Saya dan suami terus keluar daripada rumah bersama anak-anak untuk menyelamatkan diri selepas mendengar letupan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Nurul Faizeniy Afife berkata beliau hanya berjaya menyelamatkan telefon bimbit, dua tong gas dan dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha Ego kerana api merebak dengan pantas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.16 pagi tadi sebelum 20 anggota dan lima jentera dengan bantuan BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kami dapati api sedang marak dan terus menjalankan kerja-kerja mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampiran.

“Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.50 pagi tadi dan kami dapati ada empat motosikal turut hangus dalam kejadian tersebut,” katanya sambil menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd