• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 GRO, Tukang Urut Ditahan Dalam Op Noda

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 27 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan dan tukang urut serta enam lelaki dalam dua serbuan berasingan di Taman Desawan, Klang dekat sini, awal pagi semalam (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata dalam Op Noda yang bermula 12.30 pagi di sebuah premis urut itu, enam wanita warga Indonesia, tiga Vietnam dan seorang Thailand ditahan ketika sedang bersembunyi di ruang rahsia berdekatan laluan tangga yang ditutup dengan beberapa lapisan pintu besi.

“Polis terpaksa meminta bantuan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja untuk membuka pintu dan mendapati 10 wanita warga asing sedang bersembunyi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata seorang pekerja lelaki warga Indonesia dan dua lelaki tempatan yang merupakan penjaga kaunter turut ditahan dalam serbuan itu.

Dalam serbuan kedua di pusat hiburan yang terletak di sekitar taman itu Shamsul Amar berkata pihaknya menahan 17 wanita membabitkan warga Vietnam dan Indonesia disyaki pelayan pelanggan dan tiga lelaki tempatan yang juga penjaga premis terbabit.

“Kesemua yang ditahan dalam kedua-dua serbuan ini berusia antara 20 dan 40 tahun akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalah guna pas, Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah, Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan serta Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Klang. – BERNAMA

Tags: GRO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd