• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Rumah Di Merlimau Terjejas Akibat Banjir Kilat

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Sebanyak 12 rumah di Kampung Paya Lengkong dan lapan di Kampung Kilang Berapi, Merlimau di sini terjejas akibat banjir kilat yang melanda daerah ini sejak pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata hujan sekali sekala lebat dan berterusan lebih lima jam itu mengakibatkan berlakunya banjir kilat dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai berhampiran di kawasan kampung terbabit.

“Hujan sekali sekala lebat dan berterusan berlaku sejak 4 pagi tadi di kawasan berkenaan bagaimanapun sehingga 5 petang ini tiada pusat pemindahan dibuka dan keadaan masih terkawal selepas hujan mulai reda.

“Bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat kita sudah menempatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan terjejas dan memantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata ketinggian air hanya kira-kira 0.6 meter dan penduduk di kawasan terjejas akan diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sekiranya ketinggian paras air di dalam zon yang membimbangkan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Roslan Ahmad berkata beliau berharap penduduk dapat bersabar dengan kejadian berkenaan sebelum perancangan mengatasi banjir di Merlimau dilaksanakan.

“Projek tebatan banjir di Merlimau sudah pun diluluskan dan sekarang kita dalam proses terakhir untuk menjalankan kerja-kerja yang telah ditetapkan.

Ia termasuklah bagi kerja-kerja menaikkan ban, menggantikan empat jambatan di Merlimau dan membina dua kolam takungan air,” katanya.

Beliau berkata projek tebatan banjir bagi membantu mengatasi bencana tersebut yang bakal dimulakan sekitar pertengahan tahun hadapan itu mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.

“Apa yang dikenal pasti, banjir mudah berlaku akibat pintu empang yang ditutup dan menyebabkan air melimpah di sungai berdekatan.

“Justeru kolam takungan air dibina nanti sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah ini kerana jika pintu empang ditutup sekalipun, air sungai dan hujan bertakung dapat disalurkan ke kolam takungan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi turun padang melihat keadaan mangsa banjir di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kampung Kilang Berapi, Jariah Hitam, 78, berkata, dia terjaga daripada tidur kira-kira jam 6 pagi dan sejam selepas itu wanita itu mendapati air mulai memenuhi kawasan luar dan dalam rumahnya.

“Sebelum ini pada Julai lepas rumah sudah dinaiki air, jadi pagi tadi apabila hujan saya mulai bimbang dan sangkaan saya betul. Mujurlah ada anak dan menantu tinggal bersama kalau tidak mungkin keadaan saya lebih teruk, maklumlah sudah berusia,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini.

Walaupun air hanya separas betis tetapi agak berbahaya kerana risau terdapat haiwan berbisa masuk ke dalam rumah…apabila banjir memang penat jadinya kerana perlu mengemas dan basuh semula dan tidak berapa lama akan banjir semula,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd