Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Waris QZ8501 Enggan Terima...

SURABAYA – Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di...

Mayat Lelaki Warga Asing...

MELAKA - Seorang lelaki dipercayai warga asing dijumpai mati dalam keadaan tertiarap di...

Ahli Sindiket Seludup Migran...

POLIS menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota sindiket penyeludupan migran di Jalan Bandar...

Tarikh Kutipan Tol LPT2...

KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) belum menetapkan tarikh kutipan tol di...

16,000 Nelayan Sabah Layak Terima Elaun Sara Hidup

PUTATAN – Kira-kira 16,000 nelayan di Sabah layak menerima bantuan kerajaan menerusi program Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 sebulan.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah Mohd Jamil Abdullah berkata jumlah penerima bantuan itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak kira-kira RM5 juta sebulan.

“Pemberian elaun sara hidup ini merupakan antara kaedah kerajaan menangani peningkatan kos hidup. Kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban golongan nelayan.

“Elaun ini boleh digunakan untuk membeli keperluan harian seperti beras. Ia juga boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Karnival Industri Asas Tani (IAT) peringkat negeri di sini hari ini.

Karnival tiga hari anjuran LKIM itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah K. Zulkifli Harrith, mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Mohd Jamil berkata pada masa ini elaun diserahkan terus kepada nelayan yang layak dan bukan lagi melalui akaun penerima.

Mengenai program baik pulih rumah nelayan, beliau berkata Sabah merupakan negeri penerima terbesar menerusi program itu berbanding Sarawak dan Semenanjung.


Katanya untuk 2017 sahaja, kerajaan memperuntukkan RM6.3 juta bagi memperbaiki kira-kira 1,300 rumah nelayan yang daif di negeri itu.

Katanya peruntukan maksimum untuk baik pulih setiap rumah bawah program itu ialah kira-kira RM12,000.

Mohd Jamil berkata program baik pulih rumah nelayan untuk 2017 akan bermula pada hujung tahun ini dan akan dilaksanakan secara gotong-royong. – BERNAMA

Kategori