• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

0.03% Daripada 4.7 Juta Murid Pernah Cuba Dadah

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 0.03 peratus daripada 4.7 juta murid sekolah dikenal pasti terlibat mencuba dadah sehingga 31 Julai lalu, namun kumpulan itu tidak dikategorikan sebagai penagih dadah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah itu, 75.68 peratus murid mengambil dadah jenis methamphetamine, kanabis (16.73 peratus), opiat (5.17 peratus), amphetamine (2.23 peratus) dan ketamin (0.19 peratus).

“Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa jumlah yang dinyatakan merupakan bilangan murid yang mencuba dadah dan tidak dikategorikan sebagai penagih. Mereka masih mengikuti pembelajaran dan aktiviti sekolah seperti biasa tetapi perlu mengikuti pemantauan dan bimbingan terancang oleh kaunselor sekolah.

Mengapa kita tidak kata mereka ini penagih sebab seorang penagih, penjual atau yang menyimpan dadah sememangnya sudah dirujuk dengan kes polis di bawah kes jenayah atau dadah, tidak lagi di bawah seliaan Kementerian Pendidikan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) mengenai bilangan terkini penagih dadah dalam kalangan pelajar sekolah serta jenis dadah yang diambil, selain langkah yang diambil bagi membendung gejala itu.

Chong berkata pelajar yang dikenal pasti berisiko tinggi terlibat dengan dadah akan menjalani ujian air kencing dan sekiranya didapati positif dadah, mereka akan diberi kaunseling selama tiga bulan oleh kaunselor sekolah.

Murid berkenaan sekali lagi akan menjalani ujian air kencing selepas tiga bulan dan sekiranya didapati masih positif dadah, akan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melaksanakan pelbagai program bagi memulihkan murid berkenaan, katanya.

Menurut Chong, pihak kementerian mengambil pelbagai pendekatan dalam usaha membanteras gejala dadah dalam kalangan murid sejak 1986 iaitu pendekatan pendidikan pencegahan dan intervensi secara implisit dan eksplisit di semua sekolah rendah dan menengah.

“Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dilaksanakan di dalam dan luar kelas menerusi kurikulum, kokurikulum serta pembangunan sahsiah.

“Antara inisiatif jawatankuasa PPDa yang dilaksanakan di sekolah adalah seperti Mesej 5 minit, Sambutan Minggu Anti Dadah, Bilik atau Laluan PPDa, Pengajaran PPDa dalam subjek Kesihatan dan Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD),” katanya.

Katanya, PPDa juga mengadakan kerjasama dengan AADK selain Kementerian Kesihatan dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dalam aktiviti yang dijalankan bagi membendung gejala itu. – BERNAMA

Tags: dadahmurid sekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bercinta Isteri Orang, Lelaki Diculik Dan Dibunuh

Next Post

Mohon Bina Pusat Jagaan Harian Di Hospital Sg. Petani

Related Posts

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

29/06/2025
0

BESUT - Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima...

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Next Post

Mohon Bina Pusat Jagaan Harian Di Hospital Sg. Petani

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd