• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zairil Khir Johari Letak Jawatan Presiden FAP

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini selepas pasukan Liga Super negeri itu tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

“Harapan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super sudah pun pupus dan saya selaku Presiden FAP mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dengan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan warga FAP di setiap peringkat termasuk Piala Presiden dan Piala Belia, serta kerajaan negeri atas sokongan dana yang amat penting selama ini.

Menjelang penutupan tirai musim Liga Malaysia 2017, Pulau Pinang hanya mampu mengumpul 12 mata daripada 21 pelawanan dan kini menduduki tangga tercorot liga dengan baki satu perlawanan.

Beliau berkata pasukan pengurusan telah melakukan yang terdaya dan yang terbaik untuk pasukan Harimau Kumbang namun nasib tidak menyebelahi Pulau Pinang.

“Awalnya, kami membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang dan kemudiannya apabila tidak membuahkan hasil, menukarkan strategi dengan menggantikan beliau dengan lagenda bola sepak tempatan, Zainal Abidin Hassan tetapi keputusannya masih sama,” katanya.

Namun, Zairil berkata beliau bangga dengan program pembangunan akar umbi apabila pasukan bawah-16 dan bawah-14 untuk mewakili FAP telah berjaya diwujudkan.

“Pasukan bawah-16 berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan JSSL Pro-7s di Singapura, manakala pasukan bawah-14 menjadi naib juara Piala Dunia Remaja Gothia di China,” katanya.

Zairil, yang sebelum ini, memikul tanggungjawab sebagai pengurus pasukan, merupakan presiden FAP yang kedua meletak jawatan tahun ini selepas Datuk Seri Nazir Ariff Munshir Ariff mengundur diri pada awal Januari lepas. – BERNAMA

Tags: Presiden FAPZairil Khir Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khidmat Wi-fi Percuma Di P.Pinang Dihentikan

20/01/2019
0

PERKHIDMATAN wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free Wi-fi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya...

P.Pinang Lulus RM10 Juta Projek RTB Teluk Kumbar

22/05/2018
0

BALIK PULAU - Kerajaan Pulau Pinang meluluskan RM10 juta untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar bagi menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd