GILA… Langsung tiada rasa malu. Kejadian memalukan ini berlaku di Miami, Amerika Syarikat apabila seorang wanita dengan selamba masuk ke tandas lelaki dan kencing sambil berdiri.
Aksinya itu telah dirakamkan dan menjadi tular menerusi Internet.
Ketika kencing sambil berdiri itu, dia dengan gembiranya sempat bersembang dengan lelaki di sebelahnya yang juga sedang kencing.
Dia juga melondehkan seluar dalamnya hingga ke paras kaki. Walaupun video itu dimuatnaik di media sosial baru dua hari lalu, namun jumlah tontonan telah melebihi 60,000 kali.
Ramai yang mengecamnya dan menyifatkan wanita itu sebagai mabuk. Tidak kurang pula yang mempersoalkannya kerana mengguna tandas lelaki tanpa sedikit pun rasa malu. – MYNEWSHUB.CC