• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terus Perhebat Kempen Penerangan ‘4All’

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO akan terus memperhebatkan program penerangan secara bersemuka dan media sosial dalam usaha menyampaikan mesej kepada khalayak yang lebih ramai.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata program Sesi Dialog Perjuangan ‘4All’, yang sedang menjelajah ke seluruh negara, ternyata mendapat sambutan ramai kerana ia menggabungkan penerangan secara bersemuka dan disiarkan melalui media sosial Facebook.

“Sejak kita lancar sudah ada orang mengikuti secara tetap dan setiap program kita, orang yang mengikuti melalui Facebook tidak kurang daripada 10,000 dan pernah capai lebih 30,000,” katanya kepada pemberita pada sesi ke-12 program tersebut di peringkat Parlimen Ketereh di sini, malam tadi.

Selain Annuar, turut menjadi panel dalam program yang dikendalikan Datuk Dahlan Maamor sebagai moderator itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

“Kaedah ini juga menunjukkan pendekatan yang lebih bersifat keterbukaan sebab kita juga menerima soalan daripada orang ramai yang hadir termasuk wakil DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia pun datang dan turut bertanya soalan,” katanya.

Annuar berkata melalui kaedah tersebut, pihaknya dapat mengetahui persoalan yang bermain difikiran rakyat dan usaha boleh dilakukan untuk mengatasinya.

“Pendekatan secara terbuka lebih sesuai dengan keadaan sekarang terutama dengan generasi muda, mereka tidak semestinya habiskan masa untuk berada di ceramah-ceramah tetapi mereka boleh duduk di depan laptop atau telefon pintar untuk mengikuti perbincangan isu-isu semasa,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak permohonan bukan sahaja daripada UMNO bahagian tetapi agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang memohon diadakan program ini.

Sementara itu, Mustapa berkata UMNO bertekad untuk menjadikan Kelantan milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya rakyat dan negeri dapat dimajukan.

Beliau berkata dalam tempoh 27 tahun pentadbiran negeri di bawah PAS, Kelantan tertinggal dalam pelbagai aspek pembangunan kerana ketidakmampuan kerajaan pimpinan parti tersebut. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd