• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujang Luah Rasa Kesal, Dakwa Dipergunakan

oleh
04/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI peminat majalah kartun tempatan, pasti masih ingat majalah Ujang yang mencapai tahap kegemilangannya pada tahun 1990-an. Bagaimanapun, kini majalah itu sudah pun berkubur bersama-sama watak Ujang itu apabila syarikat penerbitannya, MOY Publications sudah dibubarkan.

Sekali lagi Ibrahim Anon atau nama penanya, Ujang  telah dipergunakan oleh sebuah syarikat animasi yang menggunakan perkhidmatannya tanpa diberi sebarang bayaran.

Sudah tidak mampu menahan amarahnya lagi, Ujang telah memuat naik satu status tidak puas hati di akaun Facebook miliknya mengenai syarikat Funcel Sdn. Bhd. yang dikatakan telah mempergunakannya bagi kepentingan syarikat mereka.

Ujang telah menunjukkan satu gambar milik Azrul Baharom,  pengasas syarikat Funcel  yang telah ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai produksi animasi di Malaysia.

Pada tahun 2009 yang lalu, Ujang telah mengeluarkan Kompilasi Intelligents Blues Club (IBC),merupakan kompilasi majalah Ujang yang telah diadaptasikan dalam bentuk animasi dibawah produksi Hybrid Creative Evolution Sdn. Bhd.

Difahamkan sejumlah wang bernilai RM1.6 juta telah diterima oleh syarikat itu bagi memulakan projek. Selain itu, RM1 juta lebih telah dibayar oleh Radio Televisyen Malaysia(RTM) yang telah bersetuju untuk membeli siri kartun itu sebanyak 26 episod.

Sebanyak 10% daripada jumlah yang telah dibayar oleh pihak RTM sudah pun dijanjikan untuk dibayar oleh syarikat Hybrid Creative Evolution Sdn.Bhd kepadanya. Namun setelah hampir enam tahun berlalu, tiada sebarang habuan diterima oleh Ujang.

Pelbagai alasan telah diberikan oleh Azrul setiap kali ditanya mengenai wang bayaran tersebut. Ujang juga telah disekat oleh Azrul daripada melihat akaun Facebooknya.

Namun, tengahari tadi Ujang telah meminta pengguna Facebook yang lain untuk membantunya meninggalkan komen di ruangan Facebook Azrul supaya segera membayar wang itu kerana dia sendiri sudah tidak punyai wang bagi membayar sewa rumahnya.

Pada Mei yang lalu, Ujang telah menerima nasib yang sama selepas dipecat daripada menjadi penasihat animasi untuk syarikat Les’Copaque Production Sdn Bhd yang menerbitkan siri Upin & Ipin.

Penafian yang telah dibuat oleh pengarah syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Haji Burhanuddin Md Radzi benar-benar tidak dapat diterima oleh masyarakat dan Ujang sendiri.

BACA: Bos Upin Ipin Nafi Pecat, Tak Tahu Ujang Penasihat?

JUGA: Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin

Beginikah nasib kartunis negara kita? Karyanya dulu sering dijulang, namun mengapa selepas kejadian pemberhentian penerbitan majalah Ujang, semua masalah mula timbul?

Ada pula pihak lain yang mengambil kesempatan di atas bakat orang lain.

Diharapkan selepas ini pihak disebelah sana akan mengeluarkan kenyataan jika mereka berada di pihak yang betul. Sama-sama kita nantikan maklum balas ekoran isu ini. –MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: ditipuIbrahim AnonKartunis UjangUjang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Tertolak Gear D, Kereta Masuk Parit

Next Post

Nenek 73 Tahun Gigih Nak Dapat Lesen Memandu

Related Posts

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

11/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Tawaran keuntungan antara 15 hingga 17 peratus antara taktik digunakan sindiket penipuan pelaburan untuk menarik dan memerangkap lebih...

Next Post

Nenek 73 Tahun Gigih Nak Dapat Lesen Memandu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd