Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

851 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 menunjukkan penurunan dengan 851 kes direkodkan Kementerian...

Tiada Laporan Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini berkata tiada laporan menyatakan rakyat Malaysia terlibat...

Fasha Sandha Enggan Layan...

PELAKON jelita Fasha Sandha yang semakin cantik menunggu kelahiran anak keduanya mempunyai petua...

Mengandung Adalah Pengalaman Paling...

BINTANG realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian telah meluahkan isi hati sebenar mengenai kehamilannya...

Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin

KUALA LUMPUR – Ibarat ‘habis madu sepah dibuang’, lagenda dunia kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang mendakwa beliau sekali lagi menjadi mangsa syarikat penerbitan komik selepas dibuang kerja pada minggu lalu.

Ujang yang cukup popular di zaman kegemilangan komik Gila-Gila dan Ujang mendakwa kali ini beliau menjadi mangsa syarikat penerbitan majalah komik Upin dan Ipin selepas bertungkus lumus menjayakan majalah yang menjadi kegemaran kanak-kanak tersebut.

Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin
Ujang bersama team unit grafik.

Beliau dalam coretannya di Facebook mendakwa, enam tahun lalu sebuah syarikat penerbitan yang tidak dikenali, baru ditubuhkan dan tiada pengalaman menerbikan komik sanggup menghantar wakil ke rumahnya untuk meminta tolong mengajar menerbitkan komik.

Dakwa Ujang, beliau pada mula menolak tawaran tersebut kerana sudah serik dengan penipuan dunia penerbitan ke atas golongan artis tetapi syarikat penerbitan berkenaan tidak berhenti menghantar wakil untuk memujuknya.

Akhirnya, Ujang menerima tawaran sebagai penasihat komik tersebut dengan gaji RM2,000 sebulan tetapi selepas syarikat itu mengetahui cara untuk menjalankan operasi penerbitan komik, maka beliau diberhentikan.

Berikut kenyataan penuh Ujang berhubung isu tersebut dalam dialek Negeri Sembilan di laman Facebook beliau semalam:

Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis. Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu. Den mintak RM15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep, buek pagination, ajar cagho nak apply permit KDN, rekemenkan pengedar, ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Tompi sobab syarikat baru….mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar RM2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik. Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai….minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir. Giliran den pulak merayu ….tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den. Takpo lah……den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu. Amin – MYNEWSHUB.CC


Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin

Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin

Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin

Kategori