• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Hotel, Spa Kerana Galak Maksiat

oleh Ahmad Albab
31/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ibu kota ini menutup sebuah kompleks hotel dan spa kerana dakwaan aktiviti maksiat yang berleluasa, kata pihak berkuasa bandar semalam.

Ia selepas kumpulan Islam di negara majoriti Muslim itu menggesa gabenor ibu kota ini bertindak susulan jaminan kempen menutup premis terbabit.

Alexis Hotel yang dipaparkan sebagai ‘syurga impian lelaki’ dalam laman webnya, turut terpalit dalam kempen pilihan raya terbaru ibu kota ini apabila gabenor baharu, Anies Baswedan, berjanji menutupnya ketika debat di televisyen.

Anies mendakwa penyandangnya Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok hanya bertindak di kawasan mundur yang menawarkan maksiat dan dadah.

Ketua Agensi Pelaburan Jakarta dan Perkhidmatan Integrasi Sehenti (PTSP), Edy Junaedi, mengesahkan permit hotel itu tidak diperbaharui.

Dalam sepucuk surat, kerajaan bandar berkata, ia memutuskan tidak melanjutkan permit selepas maklumat beredar dalam media mengenai aktiviti terlarang, sambil menambah adalah penting untuk mencegah aktiviti tidak bermoral dan haram.

Agensi berita ANTARA berkata, kumpulan Islam sebelum ini menghantar surat kepada pihak berkuasa menuntut hotel berkenaan ditutup, namun membatalkan perhimpunan bantahan dirancang diadakan di luar premis itu atas alasan keselamatan dan teknikal.

Hotel berkenaan gagal dihubungi untuk mengulas, begitu juga pemiliknya.

Media memetik Anies sebagai berkata, Jakarta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perniagaan yang menjalankan amalan tidak bermoral.

Ketika menjadi gabenor, Ahok merobohkan daerah pelacuran di Kalijodo pada 2006 sebagai sebahagian kempen meluas membasmi kegiatan tidak bermoral dan menutup beberapa kelab malam terkenal ibu kota ini kerana dadah. – AFP/BH ONLINE

Tags: hotelJakartamaksiat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Marawi Kembali ‘Bernyawa’ Selepas 5 Bulan

Next Post

Pembantu Trump Dikenakan Tahanan Rumah

Related Posts

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

18/01/2024
0

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Pemandu Lori Didakwa Rogol Anak Di Hotel

29/12/2023
0

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14...

Next Post

Pembantu Trump Dikenakan Tahanan Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd