• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Marawi Kembali ‘Bernyawa’ Selepas 5 Bulan

oleh Ahmad Albab
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAWI – Seorang penduduk, Khaliluddin Ismail pulang ke rumahnya di bandar ini pada Ahad lalu selepas pertempuran selama lima bulan antara tentera dan militan Daesh berakhir.

Khaliluddin, 44, mendapati rumahnya digeledah dan banyak barang dicuri tetapi dia tetap tersenyum.

“Sekurang-kurangnya masih ada yang tinggal. Tidak seperti yang lain, mereka kehilangan rumah dan orang tersayang,” katanya yang berdiri di dalam sebuah bilik di rumahnya penuh dengan barangan bertaburan di atas lantai.

Marawi musnah teruk akibat pertempuran selama lebih 150 hari yang menyebabkan lebih 1,100 orang terbunuh dan memaksa kira-kira 350,000 penduduk melarikan diri.

Khaliluddin, seorang Imam di masjid berhampiran menganggap dirinya beruntung kerana rumahnya berada di zon selamat Marawi.

Kawasan itu sudah lama terbiar dan tidak terjejas oleh serangan udara tentera yang meranapkan seluruh bandar, ribuan rumah, premis dan kenderaan.

Enam hari selepas tentera membunuh saki-baki militan di bandar itu, Khaliluddin antara kira-kira 4,000 orang yang dibenarkan kembali ke rumah mereka di Basak di daerah Malutlot.

Sepertinya, ramai yang turut mendapati rumah mereka digeledah dan dibiar berselerakkan.

“Saya membuka pintu dan terkejut melihat keadaan sekeliling, tetapi gembira kerana dapat pulang ke rumah,” katanya.

Khaliluddin melarikan diri bersama keluarganya pada 24 Mei lalu ketika pertempuran tercetus, apabila pasukan keselamatan cuba menangkap ketua militan, Isnilon Hapilon.

Hapilon berjaya melarikan diri dan mengarahkan ratusan militan yang dibantu pemberontak Maute menawan bandar itu. – Reuters/myMetro Online

Tags: Marawipenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd