• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Trump Dikenakan Tahanan Rumah

oleh Ahmad Albab
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Bekas pengerusi kempen Presiden Donald Trump diletakkan dalam tahanan rumah ketika siasatan terhadap campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden 2016 beralih ke peringkat getir untuk pentadbiran Rumah Putih.

Selepas pendakwaan gelombang pertama didedahkan, Paul Manafort dan seorang lagi pembantu Presiden Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah, mengaku tidak bersalah terhadap konspirasi menentang AS, melakukan pengubahan wang haram dan beberapa dakwaan lain.

Kedua-duanya dibebaskan masing-masing dengan jaminan AS$10 juta (RM42.37 juta) dan AS$5 juta (RM21.19 juta) serta ditahan di rumah.

Seorang lagi bekas pembantu kempen Trump, George Papadopoulos, mengaku bersalah kerana berbohong dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenai hubungannya dengan Kremlin.

Pendakwaan terbuka itu adalah pendedahan mengejutkan daripada penyiasat khas FBI, Robert Mueller, selepas beberapa bulan spekulasi mengelirukan antara kaitan kempen Trump dengan Moscow.

Walaupun tidak dapat menyediakan konspirasi peringkat atasan, dakwaan itu menuding kepada corak potensi sekutu atasan Trump mengintai Russia dan proksinya untuk keuntungan politik dan ekonomi.

Manafort, 68, dan Rick Gates, 45, didakwa dengan tuduhan menyembunyikan jutaan dolar wang diperoleh daripada ahli politik Ukraine, Viktor Yanukovych dan parti politik pro-Moscow.

Papadopoulos, bekas penasihat dasar luar Trump mengakui cuba menyembunyikan hubungan dengan profesor dikaitkan Moscow yang menawarkan ‘maklumat kotor’ lawan Trump, Hillary Clinton.

Pendedahan itu mencetuskan reaksi berang dan penafian daripada Trump, yang menolak dakwaan terbabit serta menggesa Clinton turut disiasat.

Papadopoulos mendedahkan ada memaklumkan Trump dan yang lain secara peribadi bahawa beliau boleh mengatur pertemuan dengan calon dan Presiden Russia Vladimir Putin ketika itu.

Bekas penasihat itu memberitahu FBI, beliau diarah oleh seorang ‘penyelia kempen’ tidak dinamakan untuk bertemu pegawai Russia secara rahsia jika boleh. – AFP/BH ONLINE

Tags: pembantu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd