Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Tak Pernah Komen Isu...

BERIKUTAN kes penyanyi Bienda yang mahu juri program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) iaitu...

Ribuan Hadiri Sambutan Ulang...

KUCHING: Lebih 10,000 menghadiri istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi...

Covid-19: Saringan Suhu Badan...

KUALA LUMPUR - Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas...

Warga Emas Maut Dirempuh...

MARANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta...

Tolak Permohonan Nilai Semula Tahan Reman Shafie

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya penahanan remannya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinilai semula.

Hakim Ismail Brahim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua peguam yang mewakili masing-masing Shafie dan SPRM.

Dalam penghujahannya, peguam Hamid Ismail yang mewakili Shafie, berkata SPRM tidak boleh menggunakan Seksyen 117 berkenaan untuk menahan reman anak guamnya untuk kelengkapan siasatan mereka (SPRM) kerana ia melanggar kebebasan individu (Shafie).

Bagaimanapun, SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya, Rustam Sanip dalam hujah balasnya berkata SPRM mempunyai bidang kuasa yang sama dengan polis yang membolehkannya melakukan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu.

Sementara itu, Hamid berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam minggu ini bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan. – BERNAMA

Kategori