• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Pihak Persenda Institusi Kesultanan

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Tindakan tegas diambil terhadap individu mempersendakan institusi kesultanan dan raja Melayu di media sosial kerana menjaga kedaulatan institusi kesultanan dan beraja termaktub dalam perlembagaan negara selain ia juga sebahagian daripada identiti negara dan bangsa Melayu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas itu untuk memberi pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab itu kerana kebelakangan ini terdapat segelintir individu yang gemar memuat naik kenyataan sedemikian di laman sosial mereka tanpa memikirkan implikasinya.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan sewajarnya kerana ada peruntukan untuk berbuat demikian dengan kerjasama daripada pihak berkuasa lain seperti polis,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, Jailani mendahului senarai 100 penerima untuk menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jailani berkata menjaga kemuliaan institusi kesultanan turut ditekankan Tengku Abdullah pada titah baginda yang mahu semua rakyat menyakini nilai institusi kesultanan.

“Baginda sendiri menyatakan bahawa institusi kesultanan mempunyai nilai dan kepentingannya untuk memayungi rakyat supaya kedaulatan negara kekal terpelihara,” katanya.

Berhubung penganugerahan itu, Jailani menyifatkannya sebagai penghargaan daripada Sultan Pahang dan Tengku Abdullah bukan hanya kepada beliau sahaja, tetapi kepada semua kepimpinan kerajaan Persekutuan.

Jailani yang menjunjung kasih atas pengurniaan itu juga mendoakan supaya Sultan Pahang terus diberikan kesihatan yang baik. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

01/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd