Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seniman Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini membuat laporan polis berhubung...

Keluarga Mangsa Maut Bas...

BUTTERWORTH - Keluarga kepada ibu tunggal yang maut dalam kejadian bas ekspres terbabas...

PAS Jumpa Wakil Gereja...

BUKIT MERTAJAM - Beberapa pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan wakil gereja Katolik dan...

Jerebu: Indonesia Perlu Beri...

GEORGETOWN - Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang...

“Tak Guna Punya Pensyarah Universiti”

HONG KONG – BERANG kereta yang dipandunya dihalang, seorang penyarah lelaki bertindak di luar jangkaan apabila membelasah seorang tukang sapu wanita dalam kejadian di Xian, wilayah Shaanxi, minggu lalu.

Lapor Akhbar Huashang, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ge direman selama 10 hari dan dikenakan denda sebanyak 500 yuan (RM320) akibat mencederakan wanita terbabit pada Rabu, selepas timbul perselisihan faham antara mereka.

Menurut sumber polis, Ge dikatakan ‘naik angin’ ekoran lori sampah wanita itu yang diletakkan di bahu jalan, telah menghalang laluannya untuk ke tempat kerja.

Rakaman insiden berkenaan turut menjadi tular menerusi laman Weibo yang menunjukkan Ge menendang dan memukul wanita warga emas itu beberapa kali di bahagian muka.

Netizen di media sosial sehingga kini ‘menghentam’ Ge gara-gara langsung tidak mencerminkan dirinya yang merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

“Kenapa kurang ajar sangat sampai tendang  wanita itu? Biarlah dia buat kerjanya kemudian awak boleh teruskan perjalanan. Macam inikah gaya seorang ‘profesor universiti?” soal seorang netizen.


Rakaman video yang dimuat naik pengguna Weibo, Chapai017’s itu menerima perkongsian sebanyak 107,000 kali dan puluhan ribu komen makian.

Menurut isteri Ge, dia turut dihujani pelbagai panggilan telefon daripada orang ramai yang mengecam tindakan suaminya, selepas nombor telefon peribadi suaminya itu dijumpai oleh seorang pengguna internet.

Sementara itu, pekerja wanita berusia 40-an terbabit yang telah dimasukkan selama tiga hari di hospital melahirkan rasa kesal ekoran Ge seakan tidak memohon maaf secara ikhlas kepadanya.

“Dia tidak mohon maaf kepada saya, saya harap dia boleh mengatakan “maafkan saya” secara berdepan,” kata wanita itu dipetik portal berita SCMP.

Sementara itu dalam satu kenyataan dikeluarkan, Shaanxi University of Science and Technology telah menggantung tugas Ge yang merupakan penyarah di fakulti bahagian teknologi maklumat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori