• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T-Team Kekal Dalam Liga Super Musim Depan

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tiada yang lebih menggembirakan jurulatih T-Team Rachmat Darmawan selain bersyukur apabila pasukannya berjaya mengekangkan Sarawak, sekali gus kekal dalam Liga Super musim depan.

Beliau mengaku pasukan Sarawak lebih menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus serta beberapa percubaan yang bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Suhaimi Husin.

“Saya mengarahkan pemain-pemain saya lebih bertahan dan sekali sekala lancarkan serangan balas. Nampaknya taktik itu berhasil mengekang kemaraan pasukan lawan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Beliau turut menyatakan kesediaannya menerima tawaran untuk terus membimbing T-Team bagi musim depan.

“Kita mempunyai ramai pemain muda yang berkebolehan dalam pasukan sekarang dan saya percaya kita akan memiliki pasukan yang lebih kuat bagi menghadapi musim baharu,” katanya.

Rachmat berharap pihak pengurusan pasukan T-Team tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan pemain sedia ada kepada pasukan lain.

Beliau memberi reaksi sedemikian apabila diberitahu ura-ura beberapa pemain T-Team sedang diintai pasukan lain.

Katanya, tindakan melepaskan pemain kepada pasukan lain adalah merugikan kerana penggantinya belum pasti pemain yang lebih baik.

T-Team mengakhiri musim ini pada kedudukan ke-10 setelah Kelantan mencatat kemenangan ke atas Melaka FC dalam perlawanan terakhir malam tadi. – BERNAMA

Tags: Liga SuperT-Team
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Pendaki Malaysia Ditemui Lepas Setahun Hilang

Next Post

Remaja Kritikal Selepas Terjatuh Dari Jambatan

Related Posts

JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut

JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut

28/09/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul gelaran Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM FC 4-0...

JDT Perlu Enam Mata Lagi

JDT Perlu Enam Mata Lagi

11/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Berdasarkan jurang 14 mata sedang dinikmati pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika ini, mereka boleh diibaratkan hanya...

Next Post

Remaja Kritikal Selepas Terjatuh Dari Jambatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd