Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lari Dari Hospital, Pesakit...

MIRI - Polis Miri sedang mencari seorang wanita warganegara Brunei yang melarikan diri...

Berpisah Sebab Lewis Hamilton...

SELEPAS tujuh tahun berada dalam hubungan cinta 'on and off' akhirnya pasangan kekasih Lewis Hamilton dan...

Belanjawan 2020 Tidak Capai...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan...

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan...

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga...

‘Super Trio’ Selamat Mangsa Kebakaran Kereta Mewah

LAZIMNYA apabila insiden kebakaran berlaku, anggota bomba sering kali menjadi wira tidak didendang meskipun telah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.

Namun, tular sejak semalam menerusi media sosial apabila tiga orang pekerja pembinaan secara tidak langsung menjadi hero selepas mereka menyelamatkan tiga mangsa terperangkap dalam sebuah kereta jenis BMW yang kemudiannya hangus terbakar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Pintasan Pelabuhan-Sungai Ular, berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan, Pahang sekitar pukul 9.45 pagi, semalam.

Pekerja-pekerja buruh binaan itu dilaporkan membantu membawa mangsa keluar ke tempat yang selamat selepas mereka berjaya melompat keluar sebelum kenderaan itu kemudiannya terbakar.

Baca: Pekerja Asing Dipuji Alih Kereta Sendat Di Tangga

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang (JBPM) Malaysia, Anuar Hassan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng berserta sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati ketiga-tiga mangsa sudah selamat dikeluarkan daripada kereta mewah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Jelasnya lagi, pihak bomba mengambil masa kira-kira dalam satu jam untuk memadamkan kebakaran kenderaan terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian, salah seorang mangsa bernama Zuraini Basir bersama dua lagi rakannya yang masih belum dikenal pasti identiti dikatakan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke kawasan perindustrian Gebeng.

Kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar penghadang kiri jalan dan kemudian terbakar.


Bagaimanapun, identiti tiga orang buruh berhati mulia itu tidak pula didedahkan siapakah sebenarnya mereka.

Kisah keberanian mereka telah dikongsi secara meluas di laman sosial dan rata-rata netizen memuji tindakan pantas pekerja berkenaan.

Sikap sebegini yang seharusnya ada pada setiap orang apabila berlaku kecemasan. Bukan hanya sekadar rakam gambar dan berkongsi di laman sosial untuk mengaut banyak ‘likes’– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori