• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Ditahan Terbabit Aktiviti Penyeludupan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Sepasang suami isteri ditahan dalam dua operasi berasingan di Sibu malam tadi kerana dipercayai terlibat aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok.

Mereka ditahan pasukan khas Bahagian Operasi/Risikan/Rekod (D4) dan Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dalam dua serbuan serentak pada 9.30 malam.

Lelaki yang berusia 47 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong 18, Jalan Wong King Huo di sini dan 441 kotak minuman keras pelbagai jenama ditemukan.

Isteri lelaki tersebut yang berusia 46 tahun ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Maju dan polis merampas 129 kotak minuman keras, 128 karton rokok pelbagai jenama serta sebuah kereta jenis Proton Saga yang menjadi tempat simpanan sebahagian rokok terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit, kedua-dua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan barangan yang dirampas dan ditahan mengikut Akta Kastam 1967.

Tanpa memberitahu anggaran nilai rampasan terbabit, Zailanni memberitahu kes tersebut telah diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: ditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah memaklumkan sahabatnya, Joy Reyzal ditahan...

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan selepas ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd