• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Panggil Seorang Pemimpin Parti Sabah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pemimpin sebuah parti tempatan Sabah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah dianggarkan RM1.5 bilion.

Pemimpin berumur 40-an itu tiba di Pejabat SPRM Sabah di sini kira-kira 10.20 pagi dengan ditemani anggota keluarga dan rakan-rakannya dalam parti itu.

Sejurus tiba di pintu masuk pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, beliau dilihat memasuki pejabat SPRM dan ditemui beberapa pegawai SPRM yang sedia menunggu di pejabat itu.

Jumaat lepas, SPRM mereman dua individu termasuk naib presiden sebuah parti tempatan di Sabah bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana itu.

Pada hari yang sama dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu ,Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata dianggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 disyaki diseleweng sebuah kementerian. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd