• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sohaimi Shahadan Semakin Pulih Selepas Ditikam

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang cedera selepas ditikam di hadapan rumahnya di Sungai Buloh dekat sini malam tadi kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

Pegawai Khasnya Ameer Firdaus berkata Sohaimi yang cedera di kepala dan bahu kini ditempatkan di wad rawatan biasa Hospital KPJ di Damansara selepas menerima rawatan di bahagian kecemasan.

“Luka pada tubuhnya sudah dijahit semalam, beliau semakin baik dan sudah boleh bersembang macam biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Sohaimi dan anak saudaranya cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman.

Kejadian dikatakan berlaku selepas Sohaimi pergi ke rumah jirannya untuk memaklumkan kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu berkata suspek direman selama enam hari sehingga 2 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Katanya polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Sohaimi Shahadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuti Bersalin 90 Hari Manfaatkan Pekerja, Syarikat

Next Post

UMNO Selangor Ucap Terima Kasih Kepada PM

Related Posts

Mahathir Mahu Tunjuk Siapa Lebih Besar!

12/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memulangkan kembali darjah kebesaran kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertujuan...

Lelaki Cederakan Sohaimi Diperintah Jalani Pemeriksaan

02/11/2017
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas...

Next Post

UMNO Selangor Ucap Terima Kasih Kepada PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd