• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Siasat Penyebaran Berita Palsu Di Media Sosial

oleh Ahmad Albab
26/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat 67 kes penyebaran berita palsu dalam media sosial dari Januari hingga September tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata daripada jumlah itu, lima kes telah dibawa ke mahkamah.

“Dalam tempoh sama, sejumlah 1,861 laman sesawang, portal dan blog telah disekat kerana menyebarkan kandungan, maklumat serta berita berunsur palsu termasuk yang boleh mencetuskan kekeliruan dan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang mahu mengetahui langkah proaktif kementerian dalam memastikan kandungan berita dilaporkan portal berita tidak menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata kementerian telah bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjalankan program advokasi bagi menyedarkan masyarakat umum mengenai pentingnya memastikan fakta sahih sebelum menyebarkan sesuatu berita atau maklumat.

Katanya ia termasuk pelancaran portal Sebenarnya.my.

“Sejak pelancarannya pada Mac lalu, portal Sebenarnya.my yang menggunakan tagline ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ ini telah menerima 12.75 juta layaran daripada pengguna. Kita berharap orang ramai dapat menyemak maklumat di portal ini sebelum menyebarkan sesuatu berita atau maklumat,” katanya. – BERNAMA

Tags: media sosialSKMM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd