• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Sudah Ada Perancangan 5 Tahun Untuk Litar Sepang

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sudah mempunyai pelan jangka panjang untuk mengoptimumkan penggunaan Litar Sepang pada masa akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Razlan Razali.

“Perancangan untuk tempoh lima tahun itu sudahpun ada dan perlu dikemas kini sebelum diserahkan kepada Kementerian Kewangan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau perancangan yang dibuat itu bukan sekadar mahu menyediakan aktiviti sukan bermotor selepas ketiadaan perlumbaan Formula Satu (F1) dalam kalendar permotoran negara bermula tahun depan, sebaliknya membangunkan kawasan Litar Sepang untuk jangka masa panjang.
“SIC mempunyai pelan komprehensif untuk mengubah litar berkenaan kepada pelbagai guna, iaitu sebagai hab pendidikan dan hiburan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Selain memikirkan jenis-jenis perlumbaan bertaraf antarabangsa yang lain untuk mengisi slot aktiviti di Litar Sepang, kami juga perlu fikirkan bagaimana untuk kekalkan Litar Sepang untuk tempoh yang lama,” katanya.

Razlan berkata sebahagian daripada kawasan sekitar Litar Sepang akan dibina kemudahan hotel dan taman tema, mengambil contoh kemudahan yang ada sekitar Litar Suzuka di Jepun.

“Kami masih dalam proses membuat kajian dan tidak mahu terburu-buru untuk menganjurkan acara bagi menggantikan F1,” katanya.
Antaranya acara permotoran antarabangsa yang dicadangkan ialah membawa kembali Japan Super GT serta Australian V8 dan FIM World Endurance Championship.

“Bagaimanapun itu belum muktamad lagi. Kami kena kaji penerimaan penonton untuk anjurkan perlumbaan itu di sini,” kata Razlan.
Selepas menganjurkan perlumbaan F1 selama 19 tahun bermula pada 1999, acara berprestij itu melabuhkan tirainya di Malaysia dengan perlumbaan terakhirnya pada Ahad lepas.

Dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini, Razlan menegaskan tanpa perlumbaan F1, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada SIC untuk memenuhi kalendar aktiviti di Litar Sepang.

Sejak lima tahun lepas katanya, kadar pengisian aktiviti Litar Sepang melebihi 90 peratus dan itu menunjukkan Litar Sepang tidak kosong dengan aktiviti permotoran dan juga aktiviti lain.

Menyentuh mengenai sama ada perlumbaan F1 akan kembali ke Malaysia, Razlan berpendapat ia tidak mustahil kembali ke negara ini tetapi bukan dalam tempoh terdekat dan ia bergantung kepada beberapa faktor, antaranya melihat perlumbaan itu masih relevan untuk diadakan di sini dan juga tarikannya kepada penonton pada masa itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Razlan Razali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SIC Bantu Cari Pelumba Gantian Moto2 Di Sepang

27/10/2018
0

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian bagi mengganti pelumba Moto2 Tech 3 Racing...

Hafizh Syahrin Hampir Pasti Ke MotoGP

06/02/2018
0

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin semakin hampir menyertai Monster Yamaha Tech3 secara musim penuh dalam kelas perdana MotoGP, sekaligus bakal menjadikannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd