• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Kes Penipuan Umrah YBNT Sudah Selesai

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Siasatan dakwaan penipuan tawaran pakej umrah kepada guru oleh Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) pada tahun lalu telah selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Negeri Terengganu untuk tindakan, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail.

“Difahamkan kertas siasatan ini akan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara di Putrajaya untuk dapatkan nasihat dan juga kelulusan untuk pertuduhan,” katanya.

Tiga suspek utama ditahan berhubung kes itu, katanya pada sidang media selepas upacara serah tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Pakej umrah itu menawarkan harga murah dengan purata RM 3,000 setiap seorang yang menyebabkan hampir 4,000 mangsa, majoritinya adalah guru dipercayai tertipu melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM 4.2 juta. Sebanyak 378 individu membuat laporan polis dan sembilan kertas siasatan telah dibuka.

YBNT mengesahkan kenyataan berkaitan kegagalannya menguruskan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah disediakannya, namun menafikan pihaknya menipu 2,418 peserta yang sebahagian membabitkan ramai guru untuk mengikuti Program Umrah anjuran yayasan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Aidi IsmailKes Penipuan Umrah YBNT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Perlu Pohon Awal Untuk Ceramah Politik

24/04/2018
0

MARANG - Parti-parti politik dinasihatkan membuat permohonan awal kepada polis untuk mengadakan ceramah terbuka dalam kempen pilihan raya umum ke-14...

PRU14: Cuti 3,200 Polis Kontinjen Terengganu Dibeku

21/03/2018
0

KUALA TERENGGANU - Cuti kira-kira 3,200 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Terengganu kini dibekukan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd