• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Hotel FIC: Pihak Luar Jangan Buat Spekulasi

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) kerana proses siasatan masih berjalan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata pihaknya sedang dalam proses untuk mengambil keterangan daripada pihak luar negara berhubung pembelian hotel berkenaan.

“Keterangan yang akan diambil antaranya melibatkan pihak peguam dan penjual di sana (luar negara) bagi melengkapkan siasatan kes ini,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Azam berkata SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada pihak dalam negara termasuk mengambil segala dokumen berkaitan hotel itu dan Felda memberikan kerjasama penuh.

Beliau berharap mana-mana pihak tidak membuat spekulasi berhubung siasatan kes itu dan SPRM tidak akan mendedahkan butiran siasatan yang masih berjalan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya hotel berkenaan bukan milik FIC malah ia milik sebuah syarikat lain.

Pada Selasa lepas, Felda menegaskan tiada penubuhan syarikat baharu yang beroperasi di London oleh FIC seperti didakwa pembangkang.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Rafizi telah membuat tuduhan yang berat dengan mendakwa kononnya FIC menubuhkan sebuah syarikat baharu bertarikh 17 Oktober 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azam BakiSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd