• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana: Reman Yusof Apdal Disambung 2 Hari

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tempoh reman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dilanjutkan dua hari lagi mulai esok hingga Isnin depan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah sambung reman itu terhadap adik bekas menteri persekutuan yang kini Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini, setelah tempoh reman sejak 18 Okt lepas berakhir hari ini.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Faliq Basiruddin, ketika ditemui pemberita selepas perintah sambung reman dikeluarkan mahkamah berkata, pihak SPRM memohon tempoh reman terhadap Mohd Yusof disambung selama tujuh hari, namun, mahkamah hanya membenarkan dua hari.

Mohd Yusof, 57, merupakan individu kesembilan daripada 11 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diseleweng daripada sebuah kementerian.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Faliq berkata, Mohd Shafie buat masa ini tidak berada di dalam lokap SPRM tetapi masih berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 bagi menjalani rawatan.

“(Buat) masa ini saya fikir (Mohd Shafie) masih di hospital untuk rawatan. Jika beliau fit (sihat) untuk dimasukkan ke dalam lokap (SPRM), kami akan masukkan. Apa-apa pun, kami menunggu laporan daripada pihak hospital,” katanya.

Mohd Shafie telah dimasukkan ke HQE 2 pada Khamis malam kerana mengalami tekanan darah tinggi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret pada Jumaat bagi mendapatkan perintah tahanan reman. – BERNAMA

Tags: seleweng danaYusof Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seleweng Dana: SPRM Akan Ambil Keterangan Exco Kedah

Seleweng Dana: SPRM Akan Ambil Keterangan Exco Kedah

28/06/2022
0

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan daripada Exco Kedah berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej...

Dana Rakyat Malaysia Untuk Masjid Al-Aqsa Diseleweng?

18/02/2020
0

DANA bernilai jutaan ringgit yang disumbangkan rakyat Malaysia selama ini untuk Masjid al-Aqsa tidak pernah sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd