• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana: Bekas TSU Direman

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian hari ini direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana hampir RM180 juta berkaitan projek di Sabah.

Majistret Aida Khairuleen Azli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman wanita berusia 40 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Okt.

Wanita berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8.15 malam tadi dan dibawa ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi ini.

Wanita itu adalah antara tiga individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Turut ditahan ialah naib presiden sebuah parti di Sabah, yang juga ahli perniagaan. Beliau ditahan di pejabat SPRM Negeri Sabah ketika hadir memberi keterangan pada pukul 6.40 petang semalam.

Seorang lagi ialah ahli perniagaan berusia 52 tahun yang ditahan di pejabat SPRM Sabah pada pukul 8.45 malam tadi bagi membantu siasatan.

Semalam, SPRM menyita RM29 juta lagi dalam siasatan terbaru mengenai penyelewengan dana berkaitan projek di Sabah.

Pada 4 Okt lalu, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 buah lokasi di negeri itu. – BERNAMA

Tags: DanaSeleweng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sejak semalam beberapa institusi zakat di Malaysia tampil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd