• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana: 2 Bekas SU Shafie Apdal Bebas Reman

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua bekas setiausaha kepada bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang direman berhubung kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah dianggarkan bernilai RM1.5 bilion, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan kedua-dua lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan tunai sebanyak RM15,000 setiap seorang oleh seorang penjamin.

Terdahulu, kedua-dua lelaki tersebut tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan tangan bergari dan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Kedua-dua individu tersebut berkhidmat ketika Mohd Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mereka sebelum ini direman bermula 20 Okt lepas berhubung kes penyelewengan dana awam tersebut yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Setakat ini, 13 individu ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut termasuk Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna. – BERNAMA

Tags: seleweng danaShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Seleweng Dana: SPRM Akan Ambil Keterangan Exco Kedah

Seleweng Dana: SPRM Akan Ambil Keterangan Exco Kedah

28/06/2022
0

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan daripada Exco Kedah berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd