• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebab Duit, Tergamak Rogol Ibu Kandung

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OHIO – Seorang lelaki tergamak merogol dan membelasah ibu kandungnya yang berusia 63 tahun hanya kerana wanita itu tidak memberikan wang.

Dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Cincinati, Amerika Syarikat (AS), suspek yang berusia 45 tahun pada mulanya meminta sejumlah wang dari ibunya untuk membeli dadah.

Bagaimanapun permintaan lelaki itu tidak diendahkan oleh warga emas itu.

Berang dengan tindakan ibunya, suspek bertindak mengheret wanita itu di sekeliling rumah sebelum menumbuknya beberapa kali di bahagian muka.

Lebih ‘binatang’ lagi, suspek yang berang kemudian bertindak merogol mangsa sebagai melempiaskan nafsu serakahnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Anne Flanagan memberitahu mahkamah bahawa mangsa dalam keadaan separuh bogel cuba melarikan diri dengan memanjat pagar ke rumah jiran.

Bagaimanapun lelaki itu berjaya mengejar sebelum mengheret kembali mangsa ke dalam rumah.

Suspek kemudian yang kemudiannya nyenyak tidur, berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas ibunya itu secara senyap menghubungi polis.

Anne dalam keterangannya kepada Hakim Charles Kubicki mengatakan suspek pernah berlaku zalim kepada ibunya beberapa tahun lalu selepas berlaku perselisihan faham diantara dua beranak itu.

Lelaki itu kemudianya dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah pada Rabu, selepas mengaku bersalah atas dakwaan menyerang, merogol dan mencederakan ibunya.

Mangsa yang kini masih trauma mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk, selain kesan lebam di beberapa anggota badan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Iburogol
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd