• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Jiran Pijak Semut, Hakim Cari Waris Semut

oleh
11/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang lelaki warga Arab Saudi dilapor memfailkan saman terhadap beberapa jirannya hanya kerana dia melihat mereka tergamak melangkah semut secara sengaja sehingga mati.

Menurut laporan media tempatan, dalam tuntutan sivilnya itu, lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya bertindak mengisytiharkan tindakan ‘kejam’ jirannya memijak mati semut supaya tidak ditiru oleh masyarakat.

“Semut adalah salah satu makhluk hidup ciptaan Tuhan dan haiwan kecil ini mempunyai hak untuk hidup di atas bumi,” kata lelaki berkenaan dalam nota tuntutan samannya yang difailkan di sebuah mahkamah setempat.

Anehnya, tuntutan undang-undang pelik itu sendiri telah difailkan beliau sejak lapan tahun lalu tetapi uniknya, tuntutan tersebut turut disampaikan oleh Hakim Mohammed Al Fayez kepada lelaki berkenaan sendiri.

Bercakap kepada plaintif di mahkamah, hakim berkenaan menjelaskan bahawa tuntutan saman lelaki itu diterima. Bagaimanapun, Mohamad juga menghendaki plaintif memasukkan kontrak saman itu dengan ada peguam semut.

“Tuntutan anda diterima selaku insan pembela semut, namun ia sangat jelas bagi saya bahawa ketika anda mahu mengajukan saman ini, anda tidak menyertakan kontrak peguam daripada ibu bapa si semut yang meninggal dunia.

“Ini kerana haiwan berkenaan menjadi mangsa akibat diinjak oleh defendan,” kata hakim tersebut yang dipetik laman Alarabiya.net baru-baru ini sehingga menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan.

“Justeru, kes ini tidak dapat diteruskan sehingga individu berkenaan (waris keluarga semut) hadir di mahkamah dan mempunyai seorang peguam pendakwaan sebagai plaintif yang sah untuk mewakili mereka,” kata Mohamad.

Hakim kemudian meminta lelaki berkenaan untuk menunjukkan kontrak peguam yang ditandatangani oleh ahli keluarga semut. Sekiranya plaintif tersebut dapat memenuhinya, perbicaraan akan diteruskan seperti biasa.

“Mahkamah juga akan memanggil defendan hadir pada sesi pendengaran,” kata Mohamad.  Plaintif yang terkejut mendengar arahan hakim itu tidak bersuara dan bertindak meninggalkan mahkamah. – Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Arab Saudisemut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd