• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM50 Juta Baik Pulih Sekolah Tahfiz Berdaftar

oleh AK-47
29/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada GiatMara bagi membaik pulih dan menyelenggara sIstem pendawaian di semua sekolah Tahfiz yang berdaftar.

Di samping itu, katanya, kerajaan juga akan memperkenalkan Skim Latihan Kemahiran GiatMara bagi menjadikan pelajar sekolah Tahfiz lebih berkemahiran.

“Baru-baru ini seluruh negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati,… tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itti-faqiyah yang mengorbankan 23 nyawa. Setulus takziah kita ucapkan kepada keluarga yang terlibat.

“Demi memartabatkan syiar Islam dan pengutuhan jati insan, khususnya pengurusan sekolah tahfiz, diperuntukkan RM50 juta kepada GiatMara bagi kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara system pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara,” kata Najib ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Bagi imam, bilal, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru takmir pula, Najib berkata, bayaran khas ‘one-off’ sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada mereka, sebagai tambahan kepada peruntukan RM588 juta sedia ada bagi bayaran elaun bulanan golongan itu.

“RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, memanfaatkan lebih 65 ribu orang dengan peruntukan hampir RM100 juta,” katanya.

Sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik, Najib berkata, kerajaan turut menghargai bakti Ketua Kampung serta Tok Batin dengan mengumumkan bayaran khas one-off RM1,500 melibatkan 9.800, dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, perdana menteri berkata, dalam usaha memastikan kawasan kejiranan sentiasa selamat dan tenteram, kerajaan memperuntukkan RM40 juta menerusi geran Komuniti Penduduk 1Malaysia sehingga RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar.

Selain itu, tambahnya, RM40 juta diperuntukkan untuk GiarMara melaksanakan program latihan dalam komuniti, khususnya di 50 kawasan Projek Perumahan Rakyat untuk fasa pertama. – BERNAMA

Tags: Sekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Cabul Sekolah Tahfiz Tidak Cukup Bukti Untuk Dakwa

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10...

Agih 1,000 Naskhah Al-Quran Di Sekolah Tahfiz Kemboja

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR - NGO Antarabangsa Malaysia hari ini mengagihkan 1,000 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja. Pengerusinya Datuk Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd