Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

MAHA 2018 Pamer Inovasi...

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) bermula hari...

‘Rasuah’ Jadi Alasan Batalkan...

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong kenyataan perdana menteri...

Digantung Seumur Hidup Kerana...

LONDON - Pemain Itali, Daniele Bracciali digantung seumur hidup daripada sukan tenis selepas...

Hukuman Ke Atas Timbalan...

PUTRAJAYA - Perbezaan hukuman yang dikenakan terhadap individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan...

RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan peruntukan terbesar berjumlah RM2.5 bilion melalui kaedah ‘Industrial Building System’ untuk membaiki hampir 2,000 sekolah daif di seluruh negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu adalah bagi tempoh dua tahun merangkumi RM500 juta bagi sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia dan masing-masing RM1 bilion bagi Sabah serta Sarawak.

Bagi bantuan persekolahan pula, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM2.9 bilion untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM550 juta kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bagi tujuan baik pulih, meliputi Sekolah Kebangsaan (RM250 juta); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM50 juta) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (RM50 juta).

Selain itu, katanya, peruntukan itu turut merangkumi Sekolah Mubaligh (RM50 juta); Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta); Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM50 juta).


Menurut Perdana Menteri, bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM328 juta yang memanfaatkan 3.2 juta murid. – BERNAMA

Kategori